Thursday 26 July 2012

Kursus Jati Diri dan Pembangunan Keusahawanan

Assalamualaikum

Tahniah kepada ahli-ahli UPSM bersama-sama ahli-ahli jawatankuasa Pesta Konvo kerana telah berjaya mengikuti Kursus Jati Diri dan Pembangunan Keusahawanan yang berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Kursus anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED) ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 13 - 17 Julai 2012.

Semoga dengan penglibatan UPSM dalam kursus ini mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dikalangan ahli-ahli UPSM tentang dunia keusahawanan disamping mampu mengaplikasikan ilmu keusahawanan dalam menjalankan program-program berkaitan keusahawanan. Insyaallah.

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan al Mubarak

Assalamualaikum...

UPSM, UKM mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang mula berpuasa pada hari ini iaitu pada hari sabtu, 21 Julai 2012.


Bulan ramadhan merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat islam kerana ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya sangat besar.

Hadis riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah. :)