Pada 14 hingga 17 Februari 2015,
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan
Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) telah menganjurkan Kursus Fasilitator UKM
Tahap 2 (KF UKM Tahap 2) bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka yang
bertemakan ‘Pemimpin Berdaulat Amanah
Negara’. KF UKM Tahap 2 kali ini disertai 44 peserta yang terdiri daripada
pelajar tahun satu UKM dan 30 urusetia yang terdiri daripada Batch 26 dan Batch 27. Tujuan kursus ini dilakukan adalah untuk memupuk
kerjasama dan meningkatkan jati diri ahli UPSM serta membentuk ahli batch UPSM
yang baru iaitu Batch 28.
Seramai 44 orang telah diikat
sebangai ahli Batch 28 dan akan
bersama-sama senior untuk meneruskan misi dan visi UPSM. Kursus kali ini dibantu
oleh jurulatih utama UPSM iaitu Dr Sheikh Mohamad Alwee bin Sheikh Abdul Kadir
Alfirdaous.
terima kasih kepada semua urusetia :D
ReplyDelete"MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA"