Saturday 11 October 2014

University Community Engagement Kg Jawa (UCE Kg Jawa), 13-14 September 2014


Pada 13-14 September 2014, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan Kerjasama Pusat Citra Universiti telah mengadakan satu operasi khidmat masyarakat “University Community Engagement Kg Jawa (UCE Kg Jawa)” bertempat di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor bertemakan “Hati Masyarakat Hati Mahasiswa”. Seramai 30 urusetia telah mengambil bahagian dalam program kali ini.

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim dan semangat bekerjasama antara pelaksana dan mahasiswa yang terlibat disamping masyarakat sekitar, mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.

Urusetia bertolak dari Pusanika, UKM pada jam 7:00 pagi 13 September 2014 dan tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi. Program tersebut telah dirasmikan oleh ketua kampung, Hj Ramly bin Yunan .Urusetia dibahagikan kepada lima keluarga angkat dengan jumlah empat urusetia bagi setiap keluarga. Selesai perasmian, urusetia pulang mengikut keluarga angkat masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya gotong royong di sekitar masjid, taman rekreasi dan sungai di Kampung Jawa, sukaneka bersama kanak-kanak dan lawatan ke rumah warga emas. Aktiviti ini telah diadakan di sekitar Masjid Kg Jawa, Padang Awam Kampung Jawa dan beberapa tempat lain di sekitar kampung. Penduduk kampung gembira dengan kehadiran UPSM dan sangat mengalukan program seperti ini diteruskan pada masa hadapan. Ia bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat malahan meningkatkan jati diri mahasiswa sendiri. Program berakhir pada 14 September 2014 dan urusetia bertolak pulang ke UKM pada jam 5:00 petang.

No comments :

Post a Comment