Wednesday 24 August 2016

OPKIM KG. CHOKRO




Assalamualaikum semua. Hari ni Jiji(bukan nama sebenar) rasa nak berkongsi dengan pembaca tentang program yang telah Jiji dan kawan-kawan adakan di sebuah kampung yang terletak di negeri Johor. Let, check this out...

Pada 8-10 Ogos 2016 kelmarin, kesemua ahli Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM)  UKM telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan terakhir sebelum bergerak ke Kampung Chokro Simpang Renggam Johor dalam program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM).


Pembahagian baju-baju sumbangan
Kami bergerak ke Kg tersebut pada pukul 10 pagi dan telah disambut dengan begitu meriah oleh orang-orang kampung di sana. 

cantikkan poster ni?
Kami diagihkan kepada 16 keluarga angkat dan berehat secukupnya sebelum memulakan aktiviti pertama esoknya. Pada keesokkan harinya, kami membuat program motivasi di kalangan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam Johor. Mereka sangat ramah dan gembira dengan kehadiran kami di sana.

muka riang sebelum bertolak ke sekolah SMKSR
Antara aktiviti yang kami lakukan bersama adik-adik tingkatan 4 ini adalah mencipta nama kumpulan, sorakan kumpulan dan aktiviti obstacles.(aktiviti dalam kumpulan)

adik-adik mengisi borang penilaian aktiviti
Disebabkan masa yang diperuntukkan sangat suntuk, kami hanya dapat mengenali adik-adik tingkatan 4 ni sekejap sahaja. 
Para fasilitator dan peserta
Keesokan harinya, kami membuat gotong royong membersihkan kawasan balai raya kampung dan juga beberapa tempat di sekitarnya. Antaranya adalah mengecat pentas balai raya, menanam pokok dan menghias pondok kawalan kampung tersebut.

urusetia bersama pokok di atas lori. Tak sabar nak bergotong royong gamaknya.

proses penanaman pokok dilakukan.

kami mengubah fungsi tayar menjadi tempat duduk.

Antara peninggalan UPSM di Kg Chokro
Banyak lagi aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada 4 hari 3 malam di sana. Antaranya adalah sukan patriot, malam kebudayaan, silang budaya dan persembahan kuda kepang( dipersembahkan khas dari orang kampung buat tatapan kami dari UKM). Sepanjang berprogram di sana, kami tinggal di rumah keluarga angkat yang merupakan warga kampung itu juga. Sesungguhnya, kami sangat berbangga kerana pernah datang dan mengenali orang-orang kampung Chokro yang sangat peramah dan  begitu teruja dengan kedatangan kami anak-anak UKM. Adui, penat taip panjang-panjang ni. Jiji nak rehat dululah. Jumpa lagi untuk sedutan yang akan datang. Assalamualiaikum :)