Saturday 29 November 2014

UPSM di Akhbar






Tahniah kepada semua ahli UPSM UKM kerana berita mengenai program khidmat masyarakt di Sg. Apong di bawah program UCE Sg. apong (University Community Engagement Sg. Apong) telah dipaparkan di akhbar Utusan. Program ini telah dijalankan pada 21-23 November 2014 yang melibatkan ahli UPSM bersama penduduk kampung Sg.Apong. Program ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh UPSM bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat setempat. Dengan temanya "Hati Masyarakat, Hati mahasiswa" , sudah terbukti bahawa mahasiswa sebenarnya adalah sebahagian dari masyarakat dan mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah gotong-royong di kawasan kampung, Mini sukaneka bersama penduduk setempat,bengkel ICT yang diadakan di Mini RTC yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, program anak angkat dan sebagainya. Banyak ilmu serta pengalaman baru yang dapat diambil semasa program ini berlansung oleh semua ahli UPSM dan di harap segala pengalaman dan ilmu tersebut dapat dikongsi dan diambil iktibar.

Tahniah kepada semua kerana berjaya menjayakn program ini dengan jayanya. Di samping itu, dapat mempublisitikan lagi UPSM dengan lebih meluas lagi untuk menunjukkan bahawa mahasiswa mampu untuk melakukan program seperti ini. Di harap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. Tahniah kepada semua yang turut sama susah dan senang dalam menjayakan program seperti ini. Benarlah , "Dari masyarakat kami datang kepada masyarakat kami kembali".

No comments :

Post a Comment