Tuesday 24 November 2015

KURSUS FASILITATOR UKM TAHAP 1 (2015)

Alhamdulillah,  UPSM telah berjaya menjalankan  Kursus Fasilitator UKM Tahap 1 bagi batch 29 bertempat di Hutan Pendidikan Alam [HPA] dan kali ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai orang, KF Tahap 1 ini dijalankan sebanyak 2 kali. Iaitu Fasa 1 pada 7-9 November 2015  dan Fasa 2 pada 13-15 November 2015.


Untuk pengetahuan Kursus Fasi ini merupakan program yang julung kali dilakukan pada setiap tahun untuk mencari bakal-bakal fasilitator yang akan bersama-sama dalam membangunkan UPSM pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik batch 29 yang berjaya menjalani dan mengikuti Kursus Fasilitator Tahap 1 ini sehingga tamat. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama supaya keberkatan ilmu dapat dirasai dan dinikmati bersama-sama.

Gambar 7-9 November 2015 [Fasa1] :

           

           

Gambar 13-15 November 2015 [Fasa2] :

           

           

Diakhir kata diharap kami akan dapat berjumpa lagi dengan adik-adik pada Kursus Fasilitator Tahap 2 & 3 yang akan datang.
#manusiamemanusiakanmanusia  #gerakbersama  #keluargaupsm #elit
#kekuatanbatch #darimasyarakatkamidatangkepadamasyarakatkamikembali

No comments :

Post a Comment