Thursday, 17 December 2015

CITRA SISWI UPSM (16/10/2015)

CITRA SISWI .
TARIKH :16/10/15
MODERATOR: Najihah
TAJUK: KERANA AKU WANITA
a. Benarkah wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki?
Jika merujuk Al-quran, mungkin istilah ini dianggap terselit dalam firman Allah SWT ( Surah al- Nisa’ 4:1):
Berkenaan ungkapan “diri yang satu” dalam ayat ini, ada ulama yang mentafsirkan sebagai:
1. Adam- Kemudian daripada Adam diciptakan Hawa.
2. Unsur tanah yang satu- Kemudian , daripada tanah yang satu diciptakan Hawa.
Kedua-dua tafsir ini layak dihormati. Yang pasti, al-Quran tidak menyebut bahawa Hawa diciptakan dari Adam. Oleh sebab itu, perkara yang terbaik adalah bertindak membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya ( The meaning of The Quran)

Sunday, 13 December 2015

LARI-LARI UPSM

Pada hari sabtu 12 Desember 2015 bermula jam 5.00 petang Lari-lari UPSM telah diadakan. Aktiviti ini diadakan dibawah kelolaan Pemegang Amanah Logistik & Rekreasi.

Banyak aktiviti yang telah diadakan dimana semua aktiviti ini tujuannya adalah untuk merapatkan ahli UPSM malah sedikit ilmu-ilmu UPSM turut dimasukkan supaya ilmu-ilmu ini tidak dilupakan begitu saja.