Thursday 17 December 2015

CITRA SISWI UPSM (16/10/2015)

CITRA SISWI .
TARIKH :16/10/15
MODERATOR: Najihah
TAJUK: KERANA AKU WANITA
a. Benarkah wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki?
Jika merujuk Al-quran, mungkin istilah ini dianggap terselit dalam firman Allah SWT ( Surah al- Nisa’ 4:1):
Berkenaan ungkapan “diri yang satu” dalam ayat ini, ada ulama yang mentafsirkan sebagai:
1. Adam- Kemudian daripada Adam diciptakan Hawa.
2. Unsur tanah yang satu- Kemudian , daripada tanah yang satu diciptakan Hawa.
Kedua-dua tafsir ini layak dihormati. Yang pasti, al-Quran tidak menyebut bahawa Hawa diciptakan dari Adam. Oleh sebab itu, perkara yang terbaik adalah bertindak membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya ( The meaning of The Quran)


b. Mengapa berlaku kekeliruan tentang kejadian Hawa ?
-Berpegang dengan riwayat israiliyat dalam tafsiran
-Pelbagai tafsiran :
• Wanita diciptakan daripada tulang rusuk
• Wanita seperti tulang rusuk
• Wanita adalah tulang rusuk
-Mengkhusukan keumuman hadis tanpa nas yang jelas
-Kesilapan memahami kata sendi min
Min meluas maksudnya dalam bahasa arab. Antaranya:
Untuk menyatakan
Daripada
Menyatakan jenis sesuatu perkara
Sebahagian
Punca sesuatu perkara
Rujuk kehebatan kiasan nabi dalam hadis berikut serta pentafsiran bukan dengan makna “punca” atau “ asal-usul”

c. Bagaimana memahami Kiasan Nabi SAW?
Rasulullah SAW membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada wanita, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka.Sama seperti lelaki, wanita juga sam-sama berperanan untuk menegakkan agama dan mengurus hal ehwal kehidupan. Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah daripada kelas kedua kerana kononya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam. Bahkan Allah menjadikan anak-anak Adam semuanya lahir daripada rahim wanita.
Sabda Nabi SAW, mafhumnya: “Perempuan itu sperti tulang rusuk. Jika kamu ingin membetulkannya, kamu akan mematahkannya.”
( Riwayat al-Bukhari)

d.Kenapa wanita begitu istimewa?
-Wanita sebagai pasangan, bukti kebesaran Tuhan
-Seindah hiasan dunia
-Pelengkap sebahagian agama
-Pembantu urusan negeri abadi
-Unsur kebahagiaan

e. Kesimpulan:
Wanita adalh makhluk yang diciptakan dengan pelbagai emosi. Berabarlah menjadi wanita jika hendak pergi ke negara abadi. Didiklah diri kita sebagai wanita kerana kita yang akan menentukan bagaimana generasi akan datang. Ingatlah:
“ If you educate a boy, you educate a people. But if you educate a girl you educate the whole family”


No comments :

Post a Comment