Sunday 15 May 2016

Masak-masak UPSM

Pada 14hb Mei 2016 bersamaan hari Sabtu, satu aktiviti diadakan untuk merapatkan hubungan ahli-ahli UPSM, dari pagi lagi mereka bersama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan makanan tengah hari untuk dimakan bersama-sama dan pada petangnya aktiviti diteruskan dengan bermain permainan kotak beracun.

MISI BANTUAN BANJIR

Pada 15hb Mei 2016 UPSM berkesempatan untuk bersama-sama menyertai misi bantuan banjir yang bertempat di Bangi. 

Monday 9 May 2016

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta [D'Cinta 2016]

Bertemakan "Keutuhan Perpaduan Wawasan Negara", UPSM telah berjaya menganjurkan satu program D'Cinta 16 yang bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bangi pada 8 Mei 2016.