Monday 9 May 2016

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta [D'Cinta 2016]

Bertemakan "Keutuhan Perpaduan Wawasan Negara", UPSM telah berjaya menganjurkan satu program D'Cinta 16 yang bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bangi pada 8 Mei 2016.

Kewujudan program ini tujuannya adalah untuk mengajak rakyat Malaysia untuk menyemai perasaan cintakan negara walaupun bukan pada bulan kemerdekaan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Larian Amal Bersamamu Rohingya 2.0, D'Ride Anak Merdeka, Pertandingan Mewarna Patriot, Deklamasi Sajak D'Cinta, Bedah Movie Ola Bola dan pameran daripada beberapa agensi yang terlibat dengan patriotisme.

Alhamdulillah, program ini telah dapat menarik ramai orang luar dan masyarakat untuk bersama-sama menyemaikan semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Malah mereka yang menyertai larian dapat beramal untuk kanak-kanak Rohingya.. Selainnya sumbangan turut diberi pada Rumah Anak Yatim di Klang.

Gambar ketika program dijalankan:-



 


 

Semoga dengan berakhirnya program ini dapat memberikan impak yang besar kepada semua, terutamanya peserta yang menyertai dan daripada urusetia sendiri. Malah program ini juga bertepatan dengan  kata-kata hikmah UPSM iaitu dari masyarakat kami datang kepada masyarakat kami kembali.

#KeutuhanPerpaduanWawasanNegara #SatuMalaysia #SayasayangMalaysia 

No comments :

Post a Comment