Pada 19 sehingga 23 Februari 2017 lepas, seramai 19 orang ahli UPSM telah berjaya terbang ke bumi Kemboja dalam menjalankan misi kemanusiaan yang julung kalinya dibuat oleh UPSM sendiri dengan berkonsepkan seperti Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Tahniah buat ketua pengarah, Atikah Yusof dan ahli organsisasi yang lain kerana berjaya menjadikan mimpi ini menjadi kenyataan. Tempat yang program ini khususkan untuk diberi bantuan ialah Rumah Anak Yatim Al-Rahman International School dan Kampung Ro Kratie Province. Antara bantuan yang diberikan pada pihak di sana ialah barangan dapur, pakaian, buku dan juga duit sumbangan.
|
kawasan sekolah |
|
urusetia bersama anak-anak kemboja |
Selain memberi bantuan, kami juga mengambil kesempatan ini untuk melawat beberapa tempat seperti Kedutaan Malaysia, Universiti dan Muzium di sana..
|
kawasan muzium |
Pada hari ketiga, kami bertolak ke kampung Ro yang terletak di provinsi Kratie. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Kampung ini diduduki oleh masyarakat Melayu Champ di mana segelintir penduduknya boleh memahami dan menuturkan bahasa Melayu. Keadaan sekolah di sini serba kekurangan baik dari segi fasiliti mahupun tenaga pengajar.
|
antara rumah yang terdapat di sana |
|
penyusunan barangan bantuan sedang dibuat |
|
Pemberian bantuan dari rumah ke rumah |
|
pemberian sumbangan |
|
Keluarga angkat Yana,Jiha,Iffah, Yati dan Mida |
|
Keluarga angkat Nisa, Iema,Teha, Farah dan Aishah |
|
Keluarga angkat Umiel, Farz, Tim, Shafiqah dan Atikah |
Pengalaman yang didapati sepanjang berada di Kemboja sangat berharga. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana mempunyai negara yang telah memberikan keselesaan dan kemudahan pada rakyatnya. Satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi, mempunyai bahasa yang berbeza bukanlah penghalang untuk membantu masyarakat Islam di luar sana. Akhir kata, keluarlah daripada kebiasaan dan sesekali lakukanlah kelainan. Jauh perjalanan luas pemandangan.