Thursday 16 February 2017

KF 2 DAN 3 (2017)

Pada 4 Februari 2017, UPSM telah mengadakan Kursus Fasilitator (KF) tahap 2 dan 3 di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka dan Pantai Cermin Murex Watersport, Port Dickson. Kursus ini diadakan selama seminggu, 4 hari 3 malam di Melaka dan 3 hari 3 malam pula di Port Dickson. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengikat ahli UPSM yang baru iaitu batch 30. Seramai 35 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini. Kursus pada kali ini lebih bermakna kerana kami turut menyambut ulangtahun UPSM yang ke-33 tahun

gimik pembukaan Kursus Fasilitator



Batch 28

Batch 29

Sesi pemulangan barang amanah daripada peserta


Selepas tamatnya kursus tahap 2 ini, peserta dan urusetia berkemas-kemas dan seterusnya bergerak ke Pantai Cermin, Port Dickson yang mengambil masa selama 45 minit. Bas tiba ke tempat destinasi pada pukul 6.30 petang dan mula mendirikan khemah. Kdudukan camping site betul-betul terletak di hadapan pantai. Terdapat sedikit perubahan untuk KF 3 kali ini kerana terdapat penambahan elemen 'survival' di dalamnya. Kesimpulannya, semua ahli UPSM sangat berpuas hati dengan semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh trainer utama UPSM iaitu Dr Alwee. Bagi pelajar baru UKM akan datang, kalau anda inginkan pengalaman dan ilmu  yang berharga di mana  tidak akan dapat di dalam dewan kuliah, anda bolehlah join Urusetia Pembangunan Sumber Manusia sewaktu Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dijalankan. Berikut antara gambar-gambar sepanjang KF3 berlangsung.
aktiviti di tepi pantai

sambut harijadi Dr Alwee

Aktiviti Kolaj

Jejak rumah api, tanjung Tuan

menunggu giliran naik ke Puncak Batu Putih

puncak Batu Putih



selamat turun dari Monkey Bay



Monkey Bay



          


No comments :

Post a Comment