Wednesday, 17 May 2017

Tasik Kejut, FKAB UKM


UKM CARE (FASA 1)

Pada 14 Mei 2017 yang lalu, UPSM buat pertama kalinya telah mencipta sebuah kelainan dengan membuat satu program yang berorientasikan alam sekitar. Ia bertujuan untuk memupuk rasa kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam diri setiap ahli UPSM bersesuaian dengan temanya iaitu "Alam Terpelihara Hidup Sempurna". Program ini secara kasarnya mempunyai 6 fasa utama bermula daripada gotong royong kecil-kecilan sehinggalah ke fasa pelancaran Transformasi Nasional 50 atau lebih dikenali dengan TN 50 yang akan dibuat pada september nanti.

Bagi fasa pertama ini, UPSM telah melakukan sebuah aktiviti gotong royong yang melibatkan kawasan sekitar kampus dan lokasinya ialah Tasik Kejuruteraan@ kejut, UKM. Program ini berjalan selama empat jam bermula 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan hanya melibatkan ahli UPSM sahaja memandangkan ahlinya yang ramai.  Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung:





Aktiviti seperti ini seharusnya dilakukan oleh pelajar UKM kerana ia merupakan satu program yang mampu memberi impak akan pentingnya menjaga alam sekitar. Ikuti kami untuk UKM CARE fasa 2 yang akan dilaksanakan pada masa terdekat ini.

#keluargaupsm
#gerakbersama



Sunday, 7 May 2017

Sekolah Kebangsaan Tasiik Permai, PERSADA dan UPSM, UKM

Kembara Inspirasi Impian

Pada 3 Mei 2017 yang lalu, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama daripada Persatuan Anak Felda (PERSADA), UKM telah mengadakan satu program yang berkonsepkan lawatan sambil belajar dari Sekolah Kebangsaan Tasik Permai, Ampang. Peserta adalah dari kalangan darjah 6 dengan kekuatan seramai 38 orang dan diiringi oleh 4 orang guru. Antara tempat lawatan adalah seperti kilang coklat dan muzium yang terdapat di bangunan baru fakulti Sains dan Teknologi (FST) serta Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL).Walaupun program ini hanya berjalan selama satu hari, tetapi ia padat dengan aktiviti yang bermanfaat dan sesuai dengan peringkat umur peserta. Di akhir program ini, peserta dapat mengambil serba sedikit pengajaran yang cuba disampaikan disebalik aktiviti tersebut. Berikut merupakan gambar yang terdapat dalam sebahagian tentatif program.






Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari dan UPSM



Kursus Kepemimpinan dan Pengukuhan Jati Diri

Pada 10, 11 dan 12 Mac 2017 yang lalu, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) telah mengadakan satu kursus kepimpinan yang terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Beranang. Kekuatan peserta adalah seramai 83 orang dengan diiringi oleh 2 orang guru. Kursus ini dikendalikan oleh ahli UPSM batch 29 iaitu pelajar dari kalangan tahun 2. Peserta yang menghadiri kursus ini kesemuanya merupakan penyandang jawatan-jawatan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya pengawas, Pebimbing Rakan Sebaya (PRS), pustakawan, Ketua persatuan kelab atau persatuan, ketua dan penolong kelas. Kursus ini bertempat di dalam UKM sendiri iaitu di Hutan Pendidikan Alam (HPA).

Objektif kursus ini adalah untuk melatih dan memperkasakan lagi sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri setiap peserta. Pada masa yang sama, kursus ini juga merupakan salah satu bentuk latihan buat ahli UPSM sendiri  khususnya untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan juga "multi tasking" ketika berprogram. Dalam kursus ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mampu mancabar mental dan fizikal. Setiap aktiviti yang diperkenalkan pada peserta mempunyai mesej dan pengajaran berharga yang ingin disampaikan oleh urusetia yang mengelola aktiviti tersebut. Seiring dengan kata-kata hikmah UPSM, 'manusia memanusiakan manusia', kursus ini dibuat khas untuk melatih sifat kepimpinan dan membentuk semula jati diri peserta supaya menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan lebih berdaya saing lagi di sekolah.

Kami dari pihak UPSM sendiri berharap kursus yang kami berikan mampu mengubah serba sedikit personaliti adik-adik dari SMK Khir Johari Beranang ke aras yang lebih tinggi lagi dan seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab di sekolah dengan visi dan wajah yang baru. "Pemimpin adalah mereka yang mampu melihat lebih banyak dari orang lain, yang mampu melihat lebih jauh dari orang lain, serta mampu melihat segala sesuatu sebelum orang lain". Berikut adalah antara gambar-gambar di akhir kursus motivasi ini.

Urusetia (baju biru) dan peserta (baju ungu)


Ketua Pengarah bersama guru