Sunday 7 May 2017

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari dan UPSM



Kursus Kepemimpinan dan Pengukuhan Jati Diri

Pada 10, 11 dan 12 Mac 2017 yang lalu, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) telah mengadakan satu kursus kepimpinan yang terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Beranang. Kekuatan peserta adalah seramai 83 orang dengan diiringi oleh 2 orang guru. Kursus ini dikendalikan oleh ahli UPSM batch 29 iaitu pelajar dari kalangan tahun 2. Peserta yang menghadiri kursus ini kesemuanya merupakan penyandang jawatan-jawatan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya pengawas, Pebimbing Rakan Sebaya (PRS), pustakawan, Ketua persatuan kelab atau persatuan, ketua dan penolong kelas. Kursus ini bertempat di dalam UKM sendiri iaitu di Hutan Pendidikan Alam (HPA).

Objektif kursus ini adalah untuk melatih dan memperkasakan lagi sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri setiap peserta. Pada masa yang sama, kursus ini juga merupakan salah satu bentuk latihan buat ahli UPSM sendiri  khususnya untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan juga "multi tasking" ketika berprogram. Dalam kursus ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mampu mancabar mental dan fizikal. Setiap aktiviti yang diperkenalkan pada peserta mempunyai mesej dan pengajaran berharga yang ingin disampaikan oleh urusetia yang mengelola aktiviti tersebut. Seiring dengan kata-kata hikmah UPSM, 'manusia memanusiakan manusia', kursus ini dibuat khas untuk melatih sifat kepimpinan dan membentuk semula jati diri peserta supaya menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan lebih berdaya saing lagi di sekolah.

Kami dari pihak UPSM sendiri berharap kursus yang kami berikan mampu mengubah serba sedikit personaliti adik-adik dari SMK Khir Johari Beranang ke aras yang lebih tinggi lagi dan seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab di sekolah dengan visi dan wajah yang baru. "Pemimpin adalah mereka yang mampu melihat lebih banyak dari orang lain, yang mampu melihat lebih jauh dari orang lain, serta mampu melihat segala sesuatu sebelum orang lain". Berikut adalah antara gambar-gambar di akhir kursus motivasi ini.

Urusetia (baju biru) dan peserta (baju ungu)


Ketua Pengarah bersama guru








No comments :

Post a Comment