Saturday 16 September 2017

JALINAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN



Pada Sabtu, 5 Ogos 2017, bertempat di Pusat Transit Gelandangan, Pudu, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Syarikat DR. Amsyar telah melakukan satu program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Seramai 43 orang ahli UPSM terlibat dalam program ini di mana kami telah pergi ke pusat transit tersebut bagi menghulurkan bantuan berupa makanan, pakaian, dan peralatan kebersihan badan seperti sabun mandi, ubat gigi, dan juga berus gigi. 

pengagihan makanan

bersama barang-barang keperluan hasil daripada sumbangan orang ramai.



Bukan hanya itu sahaja, pemeriksaan kesihatan secara percuma buat mereka yang berada di pusat transit gelandangan turut dilakukan.



"Dari masyarakat kami datang kepada masyarakat kami kembali" merupakan satu daripada kata-kata hikmah yang dipegang oleh setiap ahli UPSM. Terbinanya Universiti Kebangsaan Malaysia hasil sumbangan orang ramai, maka, menjadi tanggungjawab setiap dari kami untuk memberi kembali khidmat bakti kepada masyarakat di luar sana pula.

Di samping itu, program ini dijalankan bagi memupuk kesedaran ahli UPSM itu sendiri. Kami diberi peluang untuk berbual dan berkogsi kisah hidup bersama setiap gelandangan yang ada. Pelbagai kisah kehidupan yang dapat didengar dan dikongsikan oleh mereka yang berada di sana kepada ahli-ahli UPSM. Pahit, manis, saat diatas atau saat getir setiap satunya mempunyai cerita dan sebabnya sendiri. Apa yang pasti, mereka banyak memberi nasihat dan ingatan buat kami untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan buat kita semua. 

perkongsian cerita.

Hasil sumbangan yang diberikan oleh orang ramai juga kami dapat memberikan rak, kipas dan juga meja batu buat pusat transit ini gunakan dalam jangka masa yang panjang.






Sesungguhnya, membuat kebaikan itu semamangnya suatu hal yang dituntut dan sangat di sukai oleh Maha Pencipta, seperi Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”


Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua orang ramai yang turut banyak memberikan sumbangan kepada kami UPSM UKM. Semoga kalian sentiasa di bawah jagaan Allah sentiasa.

Semoga program ini juga menjadikan setiap ahli UPSM dan semua orang di luar sana untuk semakin berkobar-kobar dan bersemangat dalam melakukan kebaikan tanpa mengira penat dan jemu.

Saturday 9 September 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN RAWANG, MUAR, JOHOR


LAWATAN INSPIRASI ILMU


Pada hari Khamis bertarikh 3 Ogos 2017, pihak UPSM telah diberi kepercayaan daripada pihak SK Rawang yang terletak di Muar, Johor untuk mengadakan Lawatan Inspirasi Ilmu iaitu membawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 melawat tempat-tempat di sekitar UKM,Bangi bertujuan untuk meningkatkan semangat pelajar-pelajar untuk belajar dan dapat mengorak langkah ke hadapan dengan lebih jelas.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Perpustakaan Tun sri Lanang, Muzium Warisan Akademik dan Pusanika.
Pengenalan mengenai setiap tempat yang dilawati diceritakan kepada adik-adik SK Rawang, Muar ini oleh Urusetia.

Perpustakaan Tun Sri Lanang




Peserta mendengar taklimat daripada staff PTSL






Muzium Warisan Akademik




Peserta bersama urusetia
Penyampaian cenderamata


Pusanika





Lawatan ini sesungguhnya dapat memberi pendedahan awal kepada peserta tentang Universiti dan juga sekaligus memberikan pengalaman berharga buat peserta itu sendiri kerana berpeluang sampai ke UKM sendiri. Diharapkan, input-input yang diperoleh dapat digunakan sebaik-baiknya buat masa hadapan mereka.







HARI KELUARGA UPSM 2017

Pada Sabtu, 30 Julai 2017, bertempat di Tasik Kejuruteraan, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UPSM UKM) telah mengadakan sambutan hari keluarga UPSM. Program ini melibatkan ahli-ahli UPSM batch 29 dan batch 30 bersama para alumni UPSM dari setiap batch yang lepas.

Dengan tema "Teringat Masa Lalu, Hatiku Bertambah Rindu", pebagai aktiviti yang dijalankan bagi memupuk ukhwah antara senior yang sudah menjadi alumni dan junior yang masih menuntut di UKM.

Antara detik-detik yang dirakam sepanjang program:











Selain merapatkan ukhwah, melalui hari keluarga ini juga memberi peluang buat setiap ahli UPSM semakin mengenali antara satu sama lain, melupakan seketika bebanan tugasan-tugasan dengan aktiviti-aktiviti santai yang dilakukan dan juga yang pasti dapat merasai manisnya nikmat di dalam keluarga ini.

#KeluargaUPSM