LAWATAN INSPIRASI ILMU
Pada hari Khamis bertarikh 3 Ogos 2017, pihak UPSM telah diberi kepercayaan daripada pihak SK Rawang yang terletak di Muar, Johor untuk mengadakan Lawatan Inspirasi Ilmu iaitu membawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 melawat tempat-tempat di sekitar UKM,Bangi bertujuan untuk meningkatkan semangat pelajar-pelajar untuk belajar dan dapat mengorak langkah ke hadapan dengan lebih jelas.
Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Perpustakaan Tun sri Lanang, Muzium Warisan Akademik dan Pusanika.
Pengenalan mengenai setiap tempat yang dilawati diceritakan kepada adik-adik SK Rawang, Muar ini oleh Urusetia.
Perpustakaan Tun Sri Lanang
Peserta mendengar taklimat daripada staff PTSL |
Muzium Warisan Akademik
Peserta bersama urusetia |
Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami menimba pengalaman yang amat berharga di UKM. Ucapan terima kasih juga kepada urusetia yang cemerlang dalam menjalankan aktiviti kepada murid-murid SKR. Terima kasih.
ReplyDelete