Wednesday 4 June 2014

Kursus Tahap 3 dan 4

Pada tanggal 8 - 14 Februari 2014, UPSM sekali lagi telah menjayakan kursus tahap 3 dan juga tahap 4 untuk junior-junior yang disayangi lagi dikasihi. Setelah penat berlatih, menghabiskan tenaga, masa bagi menjayakan kursus-kursus untuk bakal adik-adik batch27. Tidak salah rasanya sekiranya kami katakan adik-adik ini penuh dengan semangat dan wawasan yang tinggi namun masih banyak yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka semua berfikir tentang masa depan mereka dan anak cucu mereka. Kehidupan kita tidak berhenti apabila sudah habis belajar, namun selepas tamat belajar barulah kehidupan sebenar muncul dalam hidup kita. Jadi sebelum melaluinya kami sebagai senior kepada adik-adik ni, cuba untuk membantu dengan segala apa yang kami ada dalam mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya mereka tidak kecundang satu hari nanti.





Kursus Tahap 3.






Kursus Tahap 4 aka Latihan Fizikal

Keindahan air terjun di Hutan Lipur Berkelah

En.Alwee bersama senior serta guider.


Indahnya ciptaan Allah SWT.

Sewaktu hendak mendaki ke air terjun kolam ke-7


Peserta bergambar bersama pembantu guider aka Kak Gee.

Peserta menikmati keindahan air terjun.

Berada betul-betul dengan air terjun kolam ke-7



Di tapak khemah.

Bakal-bakal pemimpin masa depan



Acab batch 27 dengan gaya yang bersahaja. 


FAMILY DAY

Pada tanggal 14 - 16 September, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) telah mengadakan satu program yang berunsur ukhwah kekeluargaan dimana UPSM telah menjemput semua keluarga UPSM tidak kira senior mahupun super super duper senior untuk bersama-sama turut serta dan hadir dalam program yang dianjurkan. Tujuan utama program ini adalah untuk menjelekitkan lagi ukhwah diantara batch mahupun dengan batch-batch yang lain. Alhamdulillah, program yang dianjurkan mendapat sambutan dari pihak super duper senior. Ramai juga super duper senior yang datang antaranya termasuklah Abg Magi, En.Azmi Kassim, Abg Pian, Abg Qoi, Kak Haf dan selebihnya.

      Terlalu banyak ilmu, pengalaman, dorongan, semangat yang kami dapat sebagai junior-junior kepada mereka-mereka yang senior ini kerana perkongsian yang diberikan amat berguna. Kami dapat rasakan niat mereka ikhlas dalam mengajar kami tentang UPSM dan juga erti kehidupan sebenarnya. Kami juga disuruh menyanyikan lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat kami semula dalam terus memperjuangkan apa yang perlu kami perjuangkan.

Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil:-

Antara hasil kerja kreatif peserta dalam membina istana pasir
Sebelum pulang, kami bersalaman dengan para senior.
Antara hasil kerja yang lain para peserta.
Walaupun tidak lawa, tapi boleh la dari tak ade.
Proses menggelapkan kulit aka aktiviti snorkeling.
Antara permainan yang dijalankan, mencari telur penyu.
Disebabkan telur penyu mahal, terpaksa digantikan dengan bola ping-pong.
Antara aksi kelakar yang dilakukan oleh kami sewaktu melakukan senaman pagi.
En. Azmi menerima sumbangan dari pihak kami.

Kami melakukan persembahan kepada para seniors.


Abg Magi dengan "peace"nya. Peace yow.

Abg Qoi aka penasihat 2 UPSM dengan senyum tawanya.
Gambar beramai-ramai bersama super duper senior UPSM. Gerak Bersama. :D

p/s: Dari masyarakat kami datang, kepada masyarakat kami kembali.


Kursus Tahap (2) 2013/2014

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia telah selamat menjayakan kursus tahap 2 untuk adik-adik junior yang dahagakan ilmu. Banyak input-input yang telah dipelajari tidak kira senior mahupun junior kerana didalam kursus ini masing-masing mempunyai ruang dalam memperbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik.

Berikut adalah gambar-gambar sewaktu kursus dijalankan

Peserta di beri taklimat sewaktu mula-mula sampai di kem

Sesi taklimat oleh para senior.


Sesi ice-breaking kumpulan besar

Pembantu penyelaras sedang memberikan barang yang diperlukan

En. Alwee Alfirdous sedang memberikan ceramah beliau pada para peserta

Peserta sedang melakukan proses pembentukan kumpulan

Peserta lelaki sedang membentangkan hasil kerja mereka

Sesi sembang bersama seniors.

Gambar yang menjadikan kenangan En. Alwee, Senior dan juga adik-adik baru Batch27. Chaiyok2... :D


Monday 2 June 2014

Detik

Salam UPSM !

DETIK ! DETIK ! DETIK ! DETIK KEMBALI LAGI ! !

ADAKAH ANDA SAYANGKAN NEGARA ANDA?

AADAKAH ANDA PUNYAI SEMANGAT PATRIOTISME?

AYUH! !  SEMARAKKAN PROGRAM DELEGASI PATRIOTIK BERSAMA KAMI !


Urusetia Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UPSM UKM) telah menganjurkan PROGRAM DELEGASI PATRIOTIK pada 26 & 27 April 2014 bertempat di Bangunan Baru Fakulti Sains dan Teknologi dengan bertemakan “PERPADUAN MAHASISWA, MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA”.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar sekolah, mahasiswa & masyarakat terhadap semangat cinta dan sayang akan negara. Semangat patriotisme bukanlah hanya pada bulan Ogos sahaja, namun sepanjang masa.


***********************************************************
Tentatif Program :

26 April 2014
8.00 pagi – 5.00 petang : Derma darah
8.00 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Bintang Patriotik
8.00 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Mewarna
2.00 petang – 5.00 petang : Wacana : Perpaduan Kaum       
Dalam Konteks Kontrak Sosial di Malaysia
27 April 2014
8.30 pagi – 5.00 petang : Larian Sihat Patriotik
8.30 pagi – 5.00 petang : Kayuhan Patriotik
8.30 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Mewarna
8.30 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Poster
2.00 petang – 5.00 petang : Majlis Perasmian Penutup
Perasmi : Ybhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Subprogram utama adalah Wacana yang bertajuk “Perpaduan Kaum Dalam Konteks Kontrak Sosial di Malaysia”. Dua ahli panel yang hebat telah dijemput bagi mengupas berkenaan dengan isu yang dikemukan iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Rizal bin Mohd Yakoop dan Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong . Pelajar Dari SMK Jenis Kebangsaan Cina telah dijemput untuk memberi pendedahan tentang kontrak sosial itu sendiri.


Selain itu, pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sesuai dengan pelbagai peringkat umur termasuklah pelajar sekolah tadika,pelajar sekolah rendah dan menengah, mahasiswa dan penduduk sekitar Bangi.

“Setitis Darah, Seribu Makna”


Bertemakan “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku” mendapat sambutan dari sekolah di sekitar Bangi dan


Larian Sihat Patriotik telah melibatkan 120 orang peserta dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP).  Larian  ini berlangsung di sekitar UKM. Disamping itu, memperkenalkan UKM kepada pelajar sekolah.


 Mendapat sambutan dari prasekolah dan tadika dan diadakan selama 2 hari di atas permintaan ramai.


Percubaan untuk menyemai semangat patriotisme dalam bentuk nyanyian. Peserta dikehendaki memilih 1 lagu patriotik dan 1 lagu bebas untuk dipertandingkan. Ia mendapat sambutan yang hebat dari pelajar UKM sendiri.


Kayuhan Sihat Patriotik melibatkan seramai lebih 50 orang peserta termasuk pelajar UKM dan penduduk sekitar Bangi. Laluannya adalah dari UKM ke ladang kelapa sawit dan berpatah balik ke UKM.


Terdapat juga Pameran dari pihak Jabatan Penerangan Negara serta terdapat banyak cenderamata yang boleh didapati di booth pameran JPN ini. Tahniah kepada yang berjaya mendapat cenderamata kerana telah menjawab soalan dengan betul dan tepat. Yeayyy!
Pelbagai hidangan dan juadah yang turut disajikan kepada pengunjung yang hadir antaranya Char Kuew Tiaw, Ice blended, makanan bergoreng seperti cucuk-cucuk, air float, Ayam Uncle Bob dan macam-macam lagi. Nyum Nyum! ! HADIAH CABUTAN BERTUAH disediakan bagi pembelian RM5 keatas.
Kami dari pihak urusetia mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang sudi menaja dan memberi sumbangan kepada Program DELEGASI PATRIOTIK ini terutamanya kepada PIHAK JABATAN PENERANGAN NEGARA (JPN) dan PIHAK MUREX WATERSPORT. Terima kasih juga kepada semua pihak yang sudi membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program kami.
Alhamdulillah DETIK '14 telah melabuhkan tirainya. Namun begitu, pastikan anda masih meneruskan semangat cintakan negara setiap masa. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua kerana sudi memberikan sokongan anda bersama program kami. Kami selaku urusetia DETIK '14 berterima kasih dan memohon ampun sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dari pihak kami. Segala komen yang positif akan dijadikan penambahbaikan untuk DETIK '15 nanti.