Wednesday 4 June 2014

Kursus Tahap 3 dan 4

Pada tanggal 8 - 14 Februari 2014, UPSM sekali lagi telah menjayakan kursus tahap 3 dan juga tahap 4 untuk junior-junior yang disayangi lagi dikasihi. Setelah penat berlatih, menghabiskan tenaga, masa bagi menjayakan kursus-kursus untuk bakal adik-adik batch27. Tidak salah rasanya sekiranya kami katakan adik-adik ini penuh dengan semangat dan wawasan yang tinggi namun masih banyak yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka semua berfikir tentang masa depan mereka dan anak cucu mereka. Kehidupan kita tidak berhenti apabila sudah habis belajar, namun selepas tamat belajar barulah kehidupan sebenar muncul dalam hidup kita. Jadi sebelum melaluinya kami sebagai senior kepada adik-adik ni, cuba untuk membantu dengan segala apa yang kami ada dalam mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya mereka tidak kecundang satu hari nanti.





Kursus Tahap 3.






Kursus Tahap 4 aka Latihan Fizikal

Keindahan air terjun di Hutan Lipur Berkelah

En.Alwee bersama senior serta guider.


Indahnya ciptaan Allah SWT.

Sewaktu hendak mendaki ke air terjun kolam ke-7


Peserta bergambar bersama pembantu guider aka Kak Gee.

Peserta menikmati keindahan air terjun.

Berada betul-betul dengan air terjun kolam ke-7



Di tapak khemah.

Bakal-bakal pemimpin masa depan



Acab batch 27 dengan gaya yang bersahaja. 


No comments :

Post a Comment