Wednesday 4 June 2014

FAMILY DAY

Pada tanggal 14 - 16 September, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) telah mengadakan satu program yang berunsur ukhwah kekeluargaan dimana UPSM telah menjemput semua keluarga UPSM tidak kira senior mahupun super super duper senior untuk bersama-sama turut serta dan hadir dalam program yang dianjurkan. Tujuan utama program ini adalah untuk menjelekitkan lagi ukhwah diantara batch mahupun dengan batch-batch yang lain. Alhamdulillah, program yang dianjurkan mendapat sambutan dari pihak super duper senior. Ramai juga super duper senior yang datang antaranya termasuklah Abg Magi, En.Azmi Kassim, Abg Pian, Abg Qoi, Kak Haf dan selebihnya.

      Terlalu banyak ilmu, pengalaman, dorongan, semangat yang kami dapat sebagai junior-junior kepada mereka-mereka yang senior ini kerana perkongsian yang diberikan amat berguna. Kami dapat rasakan niat mereka ikhlas dalam mengajar kami tentang UPSM dan juga erti kehidupan sebenarnya. Kami juga disuruh menyanyikan lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat kami semula dalam terus memperjuangkan apa yang perlu kami perjuangkan.

Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil:-

Antara hasil kerja kreatif peserta dalam membina istana pasir
Sebelum pulang, kami bersalaman dengan para senior.
Antara hasil kerja yang lain para peserta.
Walaupun tidak lawa, tapi boleh la dari tak ade.
Proses menggelapkan kulit aka aktiviti snorkeling.
Antara permainan yang dijalankan, mencari telur penyu.
Disebabkan telur penyu mahal, terpaksa digantikan dengan bola ping-pong.
Antara aksi kelakar yang dilakukan oleh kami sewaktu melakukan senaman pagi.
En. Azmi menerima sumbangan dari pihak kami.

Kami melakukan persembahan kepada para seniors.


Abg Magi dengan "peace"nya. Peace yow.

Abg Qoi aka penasihat 2 UPSM dengan senyum tawanya.
Gambar beramai-ramai bersama super duper senior UPSM. Gerak Bersama. :D

p/s: Dari masyarakat kami datang, kepada masyarakat kami kembali.


No comments :

Post a Comment