Tuesday 22 September 2015

JAMUAN RAYA UPSM 2015

             Pada 15 Ogos 2015 yang lalu, Jamuan Raya UPSM telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk para junior dan senior di dalam UPSM untuk bermesra dan mengenal sesama mereka dengan lebih rapat. Majlis yang diadakan ini sesuai dengan kata-kata hikmah UPSM iaitu #KELUARGAUPSM dimana para super senior dan senior yang lain dapat turun ke pusanika dan berkumpul bersama malah dapat memberikan kata-kata semangat buat adik-adik junior. Bukan hanya kata-kata semangat yang diberi malah semangat mereka dalam meneruskan legasi UPSM juga dapat diturunkan kepada junior melalui Jamuan Raya UPSM ini.

Friday 11 September 2015

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (D'CINTA UKM)

            Pada 1 Ogos 2015 Urusetia Pembangunan Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan satu program yang berunsurkan patriotisme. Program yang dinamakan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (D'CINTA) ini secara tidak langsung dapat menanamkan sikap sayang dan cinta akan negara melalui program yang dijalankan malah kemahiran insaniah dalam diri pelajar juga dapat digilap. Selain itu, berdasarkan program yang dijalankan Mahasiswa juga dapat mendekatkan diri dengan masyarakat.