Friday 11 September 2015

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (D'CINTA UKM)

            Pada 1 Ogos 2015 Urusetia Pembangunan Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan satu program yang berunsurkan patriotisme. Program yang dinamakan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (D'CINTA) ini secara tidak langsung dapat menanamkan sikap sayang dan cinta akan negara melalui program yang dijalankan malah kemahiran insaniah dalam diri pelajar juga dapat digilap. Selain itu, berdasarkan program yang dijalankan Mahasiswa juga dapat mendekatkan diri dengan masyarakat.

             Antara program yang dapat dijalankan adalah Larian Amal Rohingya dimana ia melibatkan mahasiswa UKM dan Masyarakat luar disamping itu UPSM telah menjemput anak-anak Rohingya untuk menyertai larian yang dijalankan bagi memeriahkan acara. Selain itu diadakan juga Konvoi Kemerdekaan ke Putrajaya dan Pameran Kemerdekaan yang memberikan info-info yang bernas dan menarik mengenai kemerdakaan tanah air.

             Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program D'CINTA. Segala penat lelah dalam menjalankan proram ini ternyata berbaloi apabila program ini dihargai ramai. Malah program D'CINTA UKM ini berjaya menarik minat Sinar Harian untuk memaparkannya di dalam akhbar Sinar Harian.

Klik Sini untuk membaca.

Gambar Program:








No comments :

Post a Comment