Tuesday 22 September 2015

JAMUAN RAYA UPSM 2015

             Pada 15 Ogos 2015 yang lalu, Jamuan Raya UPSM telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk para junior dan senior di dalam UPSM untuk bermesra dan mengenal sesama mereka dengan lebih rapat. Majlis yang diadakan ini sesuai dengan kata-kata hikmah UPSM iaitu #KELUARGAUPSM dimana para super senior dan senior yang lain dapat turun ke pusanika dan berkumpul bersama malah dapat memberikan kata-kata semangat buat adik-adik junior. Bukan hanya kata-kata semangat yang diberi malah semangat mereka dalam meneruskan legasi UPSM juga dapat diturunkan kepada junior melalui Jamuan Raya UPSM ini.

             Jamuan Raya UPSM ini adalah majlis tahunan UPSM yang diadakan untuk membolehkan para junior terus berhubung dengan senior UPSM yang hebat. Terima kasih diatas urusetia yang terlibat kerana majlis ini dapat berjalan dengan baiknya. Diharap majlis ini akan berjalan dengan jayanya juga pada tahun hadapan. Nantikan kehadiran Jamuan Raya UPSM pada tahun hadapan pula yaa!

Gambar Jamuan Raya UPSM:-




   


                        

No comments :

Post a Comment