Monday 22 February 2016

Motivasi Kepimpinan Dan Jati Diri, Sek. Keb. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor

Pada 4-6 Februari 2016, UPSM sekali lagi diberi peluang apabila diminta untuk mengadakan satu motivasi kepimpinan dan jati diri bertempat di Sek. Keb. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini banyak memberikan input yang baik dan kaedah yang menarik bagi adik-adik lebih berkeyakinan dan berdaya saing dalam menduduki peperiksaan nanti.

Program yang berlangsung juga mendapat reaksi yang baik dan positif daripada cikgu yang menyatakan aktiviti yang dijalankan banyak memberi pembelajaran baru bagi pelajar-pelajar.

Semoga dengan berakhirnya program Motivasi ini dapat menyuntik semangat adik-adik untuk belajar dengan lebih baik dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

      

No comments :

Post a Comment