Wednesday 23 March 2016

Kursus Pemantapan Kepemimpinan SMK Jalan Empat, Kajang

        Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA)  sekali lagi tampil untuk mendidik ahli UPSM sendiri untuk melaksanakan satu lagi program iaitu Kursus Pemantapan Kepemimpinan. Program kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli batch 28 UPSM seramai 25 orang yang diketuai oleh saudari Nurul Izzati Iffah Binti Nasir. Dengan bertemakan “Pemimpin Berkualiti Pencetus Inspirasi”, program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 11, 12 dan 13 Mac 2016 yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
       
         Seramai 71 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada golongan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)  dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat. Objektif program ini adalah untuk menerapkan sifat kepimpinan dan jati diri setiap ahli PRS SMK Jalan Empat dan juga merapatkan hubungan sesama meraka. Tambahan lagi, kami juga memenuhi permintaan sekolah untuk mengadakan satu slot pengurusan majlis yang memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara menguruskan majlis. Slot ini mendapat respons yang positif dari guru dan peserta selain slot yang sering kami adakan untuk kursus kepimpinan iaitu Kemahiran Komunikasi yang Berkesan. Alhamdulillah, melalui maklum balas yang diberikan  kepada pihak kami menunjukkan sedikit sebanyak pencapaian objektif program. 





No comments :

Post a Comment