Saturday 29 October 2016

Kursus Fasilitator Tahap 1 (2016)

Pada 22-24 Oktober 2016 Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) UKM telah berjaya menganjurkan Kursus Fasilitator Tahap 1(KF1) bagi pelajar tahun 1 UKM sesi 2016-2017 dengan kerjasama pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA). Dengan bertemakan "Keunggulan Cemerlang, Keunggulan Prestasi" kursus ini telah mendapatkan seramai  78 orang peserta.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya melepasi gerbang pertama dalam usaha adik-adik semua mengenali UPSM. Masih terdapat dua lagi gerbang yang adik-adik perlu lalui iaitu Kursus Fasilitator tahap 2 dan 3 yang bakal diadakan tidak lama lagi sebelum adik-adik semua diberi gelaran batch 30.



Semoga kita dapat berjumpa lagi untuk KF2 dan KF3. Harap adik-adik dapat membuat persediaan untuk menghadapi fasa seterusnya. Kita perlu sentiasa jadikan diri kita seperti gelas yang kosong supaya kita dapat menerima perkara baru yang akan diberikan oleh orang lain walaupun perkara tersebut sudah kita ketahui. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai cara penyampaian yang berbeza-beza. Sekian untuk entry kali ini.
#gerakbersama
#keluargaUPSM

No comments :

Post a Comment