Pada 26 September 2017 hingga 29 September 2017 yang lalu telah berlangsungnya Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di Aras 6 Pusanika.
M3P adalah satu program di Pusanika dimana sewaktu minggu ini dijalankan semua mahasiswa dan mahasiswi UKM diberikan peluang untuk mengenal persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah UKM. Seperti biasa UPSM telah mengambil bahagian pada acara tahunan ini.
Pada 25 September 2017, bermula jam 5 petang sehingga malam tersebut, kami telah bertungkus lumus menghias booth dan membuat persediaan untuk menyambut adik-adik baru keesokan harinya.
Dan, pada selama 4 hari bermula 26 September berlangsunglah Program M3P ini.
Kami tidak menjanjikan kamilah yang paling terbaik. Tetapi, kami menjanjikan, kami akan memberikan yang terbaik. In shaa Allah..
#Elit
#GerakBersama
#KeluargaUPSM
No comments :
Post a Comment