Saturday, 29 November 2014
UPSM di Akhbar
Tahniah kepada semua ahli UPSM UKM kerana berita mengenai program khidmat masyarakt di Sg. Apong di bawah program UCE Sg. apong (University Community Engagement Sg. Apong) telah dipaparkan di akhbar Utusan. Program ini telah dijalankan pada 21-23 November 2014 yang melibatkan ahli UPSM bersama penduduk kampung Sg.Apong. Program ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh UPSM bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat setempat. Dengan temanya "Hati Masyarakat, Hati mahasiswa" , sudah terbukti bahawa mahasiswa sebenarnya adalah sebahagian dari masyarakat dan mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah gotong-royong di kawasan kampung, Mini sukaneka bersama penduduk setempat,bengkel ICT yang diadakan di Mini RTC yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, program anak angkat dan sebagainya. Banyak ilmu serta pengalaman baru yang dapat diambil semasa program ini berlansung oleh semua ahli UPSM dan di harap segala pengalaman dan ilmu tersebut dapat dikongsi dan diambil iktibar.
Tahniah kepada semua kerana berjaya menjayakn program ini dengan jayanya. Di samping itu, dapat mempublisitikan lagi UPSM dengan lebih meluas lagi untuk menunjukkan bahawa mahasiswa mampu untuk melakukan program seperti ini. Di harap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. Tahniah kepada semua yang turut sama susah dan senang dalam menjayakan program seperti ini. Benarlah , "Dari masyarakat kami datang kepada masyarakat kami kembali".
Saturday, 22 November 2014
Bakti Siswa Felda Gedangsa, 26 Oktober 2014
![]() |
Sekitar majlis penutupan Baksis Gedangsa |
Antara aktiviti yang terdapat adalah pameran dan
gotong-royong bersama penduduk felda yang diketuai oleh Puan Zaiton merangkap
pengerusi Gerakan Perpaduan Wanita (GWP) di felda tersebut. Misi gotong-royong
pada kali ini adalah untuk membasmi pembiakan nyamuk yang menyebabkan denggi. Peserta
di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat untuk di bersihkan. Tempat
yang dipilih adalah kawasan sekolah, kawasan masjid, kampung-kampung dan juga
dewan GPW Felda Gedangsa. Gotong-royong ini bermula pada jam 10.00 pagi dan
berakhir pada 12.00 tengah hari.
Pada sebelah petangnya pula berlangsungnya majlis penutupan yang bertempat di dewan GPW. Majlis telah dirasmikan oleh ketua Felda Gedangsa. Peserta meninggalkan felda Gedangsa dengan sebuah kenangan yang tidak ternilai.
Kursus Fasilitator Ukm (Tahap 1)
Pada 17 hingga 19 Oktober dan 22 hingga 24 Oktober 2014,
UPSM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni telah
mengadakan Kursus Fasilitator Tahap Satu Fasa 1 dan 2 bertempat di Hutan
Pendidikan Alam, UKM bertemakan “Kepimpinan
Asas Kegemilangan”. Kursus ini dibuat pada fasa yang berbeza kerana
penyertaan untuk kali ini melebihi jangkaan dan menunjukkan ia mendapat
sambutan yang memuaskan.
Pada awalnya saling tidak
mengenali, tetapi selepas beberapa aktiviti seperti Ice Breaking dan aktiviti dalam kumpulan, mereka menunjukkan
semangat bekerjasama yang utuh dan selesa berkomunikasi antara satu sama lain.
Aktiviti yang dijalankan diikuti dengan semangat juang yang membara dan setiap
aktiviti outdoor akan diselesaikan
dengan sempurna. Semua ini turut dibantu dengan keringat urusetia yang sedia
mencurahkan ilmu demi adik-adik, sedaya upaya memberikan arahan yang ringkas
dan padat supaya mudah difahami.
Di akhir kursus, komen yang
diberikan para peserta rata-ratanya berpuas hati dan gembira dengan kursus yang
mereka ikuti ini. Diharapkan peserta mendapat nilai dan ilmu yang cuba
disampaikan kepada mereka di samping terjalinnya ukhuwah antara urusetia dan
peserta. Tahniah kepada peserta dan barisan urusetia yang telah bertungkus
lumus bagi menjayakan Kursus Fasilitator UKM Tahap 1.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)