Saturday 22 November 2014

Kursus Fasilitator Ukm (Tahap 1)



Pada 17 hingga 19 Oktober dan 22 hingga 24 Oktober 2014, UPSM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni telah mengadakan Kursus Fasilitator Tahap Satu Fasa 1 dan 2 bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM bertemakan “Kepimpinan Asas Kegemilangan”. Kursus ini dibuat pada fasa yang berbeza kerana penyertaan untuk kali ini melebihi jangkaan dan menunjukkan ia mendapat sambutan yang memuaskan.

Pada awalnya saling tidak mengenali, tetapi selepas beberapa aktiviti seperti Ice Breaking dan aktiviti dalam kumpulan, mereka menunjukkan semangat bekerjasama yang utuh dan selesa berkomunikasi antara satu sama lain. Aktiviti yang dijalankan diikuti dengan semangat juang yang membara dan setiap aktiviti outdoor akan diselesaikan dengan sempurna. Semua ini turut dibantu dengan keringat urusetia yang sedia mencurahkan ilmu demi adik-adik, sedaya upaya memberikan arahan yang ringkas dan padat supaya mudah difahami.


Di akhir kursus, komen yang diberikan para peserta rata-ratanya berpuas hati dan gembira dengan kursus yang mereka ikuti ini. Diharapkan peserta mendapat nilai dan ilmu yang cuba disampaikan kepada mereka di samping terjalinnya ukhuwah antara urusetia dan peserta. Tahniah kepada peserta dan barisan urusetia yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan Kursus Fasilitator UKM Tahap 1.

No comments :

Post a Comment