Pada 16 Mei 2015, bersamaan dengan Hari Guru, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa
Anak Selangor (PERMAS) telah menganjurkan program Motivasi Kembara Minda
bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2, Kajang Selangor dengan
bertemakan “Semarak Minda Mencorak Generasi Baru”. Program motivasi ini
disertai oleh 114 orang peserta, iaitu 70 orang dari tingkatan 3, 44 orang dari
tingkatan 5 dan urusetia seramai 71 orang.
Tujuan program motivasi
ini dijalankan adalah untuk melahirkan generasi yang dinamis, berakhlak mulia
dan mampu berdikari disamping melatih pelajar tentang persediaan menghadapi
segala bentuk cabaran yang bakal dihadapi di sekolah.
Di dalam program ini,
aktiviti yang diadakan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu tingkatan 3 dan
tingkatan 5. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi icebreaking,
perkongsian ilmu dan juga aktiviti aktiviti dalam kumpulan kecil.
Pihak sekolah gembira
dengan kehadiran UPSM dan sangat mengalukan program seperti ini diteruskan pada
masa hadapan. Ia bukan sahaja membantu memotivasikan pelajar tetapi turut juga
memberi manfaat kepada mahasiswa sendiri.
Gambar aktiviti :-
No comments :
Post a Comment