Saturday 5 March 2016

Kursus Fasilitator Tahap 3 (2016)

Pada 17 hingga 19 Februari 2016, UPSM telah menjayakan lagi Kursus Fasilitator Tahap 3 yang disertai oleh 86 orang ahli UPSM. Kursus kali ini bertempat di Gunung Stong, Dabong Kelantan.

Pada 17 Februari 2016, jam 9 pagi, sebelum sampai ke Resort Gunung Stong, kami telah dibawa untuk melihat gua keris, gua gelap dan gua pagar . perjalanan untuk eksplorasi 3 gua tersebut memakan masa selama 3 jam dengan ahli yang ramai.



Pada jam 3 petang, perjalanan kami diteruskan dengan bergerak ke kem baha. Perjalanan ke kem baha mengambil masa selama 2 jam.

Pada keesokannya 18 Februari 2016, bermula jam 9 pagi masing-masing sudah bersedia untuk mendaki ke puncak gunung stong. Setelah menempuh perjalanan selama 5 jam, kesemua ahli berjaya sampai ke puncak gunung stong. Kemudian perjalanan turun ke kem baha mengambil masa selama 4 jam.


Pada keesokannya iaitu hari terakhir 19 Februari 2016, aktiviti dijalankan pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada jam 2.30 petang semua sudah bersiap sedia untuk turun ke resort gunung stong.




Diharap Kursus yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini dapat memberikan input, nilai dan pengalaman yang berguna kepada setiap ahli UPSM yang mengikutinya. Bukan hanya keseronokan yang diambil tetapi jerit peritnya sesuatu perkara juga harus diambil kira.

#Climb the mountain so you can see the world, not so the world can see you.

No comments :

Post a Comment