Wednesday 27 May 2015

Motivasi Kembara Minda

Pada 16 Mei 2015, bersamaan dengan Hari Guru, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMAS) telah menganjurkan program Motivasi Kembara Minda bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2, Kajang Selangor dengan bertemakan “Semarak Minda Mencorak Generasi Baru”. Program motivasi ini disertai oleh 114 orang peserta, iaitu 70 orang dari tingkatan 3, 44 orang dari tingkatan 5 dan urusetia seramai 71 orang.

Tujuan program motivasi ini dijalankan adalah untuk melahirkan generasi yang dinamis, berakhlak mulia dan mampu berdikari disamping melatih pelajar tentang persediaan menghadapi segala bentuk cabaran yang bakal dihadapi di sekolah.

Tuesday 26 May 2015

Kursus Inspirasi dan Motivasi diri

Tanggal 8- 10 Mei 2015, Kursus Inspirasi dan Motivasi diri yang juga dikenali dengan nama singkatannya INSPIVASI, berlansung di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran Urusetia Pembangunan Sumber Manusia, UKM dengan kerjasama Pejabat Agama Islam daerah Petaling. Kursus ini membawa tema "Personaliti Berkualiti, cerminan keterampilan diri" yang mana seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak kakitangan JAIS dan juga pelajar tingkatan 3 SMK Abdul Jalil.

Kursus Kepimpinan Perdana (batch 27 & 28)

Pada tarikh 25-26 April 2015, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia sekali lagi telah mengajurkan program Kursus Kepimpinan Perdana yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus yang bertemakan ‘Kepimpinan Mencorak Kegemilangan Generasi Baharu’ ini telah melibatkan seramai 107 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkat 3 dan tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long dan 71 orang urusetia yang terdiri daripada ahli batch 26, 27 dan 28.


Motivasi Kepimpinan dan Team Building (batch 27)

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA)  sekali lagi tampil untuk mendidik ahli Upsm sendiri untuk melaksanakan satu lagi program iaitu Motivasi Kepimpinan dan “Team Building”. Program kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli batch 27 UPSM seramai 19 orang yang diketuai oleh saudara Asyraf bin Aman. Dengan bertemakan “Kepimpinan Tunggak Kecemerlangan Negara”, program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 27,28 Februari hingga 1 Mac 2015 yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada golongan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)  dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2. Objektif program ini adalah untuk menerapkan sifat kepimpinan dan jati diri setiap ahli PRS SMK Taman Jasmin 2 dan juga merapatkan hubungan sesama meraka. Alhamdulillah, melalui maklum balas yang diberikan kepada pihak kami menunjukkan sedikit sebanyak pencapaian objektif program.  

Gambar aktiviti