Tuesday 26 May 2015

Kursus Inspirasi dan Motivasi diri

Tanggal 8- 10 Mei 2015, Kursus Inspirasi dan Motivasi diri yang juga dikenali dengan nama singkatannya INSPIVASI, berlansung di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran Urusetia Pembangunan Sumber Manusia, UKM dengan kerjasama Pejabat Agama Islam daerah Petaling. Kursus ini membawa tema "Personaliti Berkualiti, cerminan keterampilan diri" yang mana seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak kakitangan JAIS dan juga pelajar tingkatan 3 SMK Abdul Jalil.



Kursus ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan juga bimbingan kepada para peserta supaya dapat menaikkan motivasi mereka untuk berjaya di dalam pelajaran terutamanya pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil peperiksaan PT3 tidak lama lagi. Seramai 36 orang fasilitator telah bergabung tenaga untuk mencapai objektif program ini dan diharap segala ilmu yang telah diberikan dapat digunakan pada masa hadapan samada untuk para peserta ataupun para fasilitator. Melalui maklum balas yang telah diberikan, Alhamdulillah program ini telah mencapai matlamatnya.




No comments :

Post a Comment