Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan
kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) sekali lagi tampil untuk mendidik ahli Upsm
sendiri untuk melaksanakan satu lagi program iaitu Motivasi Kepimpinan dan
“Team Building”. Program kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli batch 27
UPSM seramai 19 orang yang diketuai oleh saudara Asyraf bin Aman. Dengan
bertemakan “Kepimpinan Tunggak Kecemerlangan Negara”, program ini telah
berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 27,28 Februari hingga 1 Mac 2015
yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini
yang terdiri daripada golongan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin
2. Objektif program ini adalah untuk menerapkan sifat kepimpinan dan jati diri
setiap ahli PRS SMK Taman Jasmin 2 dan juga merapatkan hubungan sesama meraka.
Alhamdulillah, melalui maklum balas yang diberikan kepada pihak kami
menunjukkan sedikit sebanyak pencapaian objektif program.
Gambar aktiviti
rindu :')
ReplyDelete