Pada tarikh 25-26 April 2015,
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia sekali lagi telah mengajurkan program
Kursus Kepimpinan Perdana yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kursus yang bertemakan ‘Kepimpinan Mencorak Kegemilangan
Generasi Baharu’ ini telah melibatkan seramai 107 orang peserta yang terdiri
daripada pelajar tingkat 3 dan tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Baru Sungai Long dan 71 orang urusetia yang terdiri daripada ahli batch
26, 27 dan 28.
Melalui kursus ini juga, para
peserta diterapkan dengan pelbagai nilai yang menjuruskan kepada kepimpinan
seseorang dan ini selaras dengan tema kursus pada kali ini. Alhamdulillah,
kerana kami mendapat maklum balas yang positif dari pihak sekolah mengenai
kursus ini. Selain itu juga, pelbagai maklum balas positif juga diberikan dari
para peserta sendiri untuk kami jadikan sebagai sumber rujukan untuk program
masa hadapan.
No comments :
Post a Comment