Saturday, 29 November 2014
UPSM di Akhbar
Tahniah kepada semua ahli UPSM UKM kerana berita mengenai program khidmat masyarakt di Sg. Apong di bawah program UCE Sg. apong (University Community Engagement Sg. Apong) telah dipaparkan di akhbar Utusan. Program ini telah dijalankan pada 21-23 November 2014 yang melibatkan ahli UPSM bersama penduduk kampung Sg.Apong. Program ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh UPSM bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat setempat. Dengan temanya "Hati Masyarakat, Hati mahasiswa" , sudah terbukti bahawa mahasiswa sebenarnya adalah sebahagian dari masyarakat dan mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah gotong-royong di kawasan kampung, Mini sukaneka bersama penduduk setempat,bengkel ICT yang diadakan di Mini RTC yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, program anak angkat dan sebagainya. Banyak ilmu serta pengalaman baru yang dapat diambil semasa program ini berlansung oleh semua ahli UPSM dan di harap segala pengalaman dan ilmu tersebut dapat dikongsi dan diambil iktibar.
Tahniah kepada semua kerana berjaya menjayakn program ini dengan jayanya. Di samping itu, dapat mempublisitikan lagi UPSM dengan lebih meluas lagi untuk menunjukkan bahawa mahasiswa mampu untuk melakukan program seperti ini. Di harap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. Tahniah kepada semua yang turut sama susah dan senang dalam menjayakan program seperti ini. Benarlah , "Dari masyarakat kami datang kepada masyarakat kami kembali".
Saturday, 22 November 2014
Bakti Siswa Felda Gedangsa, 26 Oktober 2014
![]() |
Sekitar majlis penutupan Baksis Gedangsa |
Antara aktiviti yang terdapat adalah pameran dan
gotong-royong bersama penduduk felda yang diketuai oleh Puan Zaiton merangkap
pengerusi Gerakan Perpaduan Wanita (GWP) di felda tersebut. Misi gotong-royong
pada kali ini adalah untuk membasmi pembiakan nyamuk yang menyebabkan denggi. Peserta
di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat untuk di bersihkan. Tempat
yang dipilih adalah kawasan sekolah, kawasan masjid, kampung-kampung dan juga
dewan GPW Felda Gedangsa. Gotong-royong ini bermula pada jam 10.00 pagi dan
berakhir pada 12.00 tengah hari.
Pada sebelah petangnya pula berlangsungnya majlis penutupan yang bertempat di dewan GPW. Majlis telah dirasmikan oleh ketua Felda Gedangsa. Peserta meninggalkan felda Gedangsa dengan sebuah kenangan yang tidak ternilai.
Kursus Fasilitator Ukm (Tahap 1)
Pada 17 hingga 19 Oktober dan 22 hingga 24 Oktober 2014,
UPSM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni telah
mengadakan Kursus Fasilitator Tahap Satu Fasa 1 dan 2 bertempat di Hutan
Pendidikan Alam, UKM bertemakan “Kepimpinan
Asas Kegemilangan”. Kursus ini dibuat pada fasa yang berbeza kerana
penyertaan untuk kali ini melebihi jangkaan dan menunjukkan ia mendapat
sambutan yang memuaskan.
Pada awalnya saling tidak
mengenali, tetapi selepas beberapa aktiviti seperti Ice Breaking dan aktiviti dalam kumpulan, mereka menunjukkan
semangat bekerjasama yang utuh dan selesa berkomunikasi antara satu sama lain.
Aktiviti yang dijalankan diikuti dengan semangat juang yang membara dan setiap
aktiviti outdoor akan diselesaikan
dengan sempurna. Semua ini turut dibantu dengan keringat urusetia yang sedia
mencurahkan ilmu demi adik-adik, sedaya upaya memberikan arahan yang ringkas
dan padat supaya mudah difahami.
Di akhir kursus, komen yang
diberikan para peserta rata-ratanya berpuas hati dan gembira dengan kursus yang
mereka ikuti ini. Diharapkan peserta mendapat nilai dan ilmu yang cuba
disampaikan kepada mereka di samping terjalinnya ukhuwah antara urusetia dan
peserta. Tahniah kepada peserta dan barisan urusetia yang telah bertungkus
lumus bagi menjayakan Kursus Fasilitator UKM Tahap 1.
Sunday, 12 October 2014
Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dan Perjumpaan Mega UPSM, 17 hingga 26 September 2014
Pada malam hari terakhir M3P, 26 September 2014,
Jumaat, berlangsungnya satu Perjumpaan Mega bersama adik-adik baru UPSM
bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika, UKM. Perjumpaan yang bermula pada jam
9:00 malam itu dihadiri oleh lebih 200 pelajar yang mendaftar sepanjang
M3P. Ucapan alu-aluan dan juga sesi berkenalan dengan pelajar telah
dikendalikan oleh Pengerusi UPSM dan beberapa lagi jawatan tertinggi UPSM.
Adik-adik baru UPSM gembira dengan perjumpaan tersebut dan mereka kelihatan
lebih yakin untuk terus bersama UPSM.
Tahniah diucapkan kepada semua yang
menjayakan M3P kali ini.
Saturday, 11 October 2014
University Community Engagement Kg Jawa (UCE Kg Jawa), 13-14 September 2014
![]() |
Pada 13-14 September
2014, Urusetia Pembangunan Sumber
Manusia (UPSM) dengan Kerjasama Pusat
Citra Universiti telah mengadakan satu operasi khidmat masyarakat “University Community Engagement Kg Jawa
(UCE Kg Jawa)” bertempat di Kampung
Jawa, Hulu Langat, Selangor bertemakan “Hati Masyarakat Hati Mahasiswa”. Seramai 30 urusetia telah mengambil bahagian dalam program kali ini.
Objektif program ini
adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim dan semangat bekerjasama antara
pelaksana dan mahasiswa yang terlibat disamping masyarakat sekitar, mewujudkan
masyarakat yang berbudaya penyayang dan menjadi warganegara yang
patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.
Urusetia bertolak dari Pusanika,
UKM pada jam 7:00 pagi 13 September 2014 dan tiba di lokasi pada jam
9.30 pagi. Program tersebut telah dirasmikan oleh ketua kampung, Hj Ramly bin
Yunan .Urusetia dibahagikan kepada lima keluarga angkat dengan jumlah empat urusetia
bagi setiap keluarga. Selesai perasmian, urusetia pulang mengikut keluarga
angkat masing-masing.
Pelbagai aktiviti telah
diadakan antaranya gotong royong di
sekitar masjid, taman rekreasi dan sungai di Kampung
Jawa, sukaneka bersama
kanak-kanak dan lawatan ke rumah warga
emas. Aktiviti ini telah diadakan di sekitar Masjid Kg Jawa, Padang
Awam Kampung Jawa dan beberapa tempat lain di sekitar kampung. Penduduk
kampung gembira dengan kehadiran UPSM dan sangat mengalukan program seperti ini
diteruskan pada masa hadapan. Ia bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat
malahan meningkatkan jati diri mahasiswa sendiri. Program berakhir pada 14
September 2014 dan urusetia bertolak pulang ke UKM pada jam 5:00 petang.
Friday, 3 October 2014
Hari Raya Aidiladha 1435H, 05 Oktober 2014
Sempena Aidiladha yang bakal menjelma ini, terimalah serangkap pantun,
Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat
Ikhlas dari kami, warga UPSM. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat yang Maha Esa
Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat
Ikhlas dari kami, warga UPSM. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat yang Maha Esa
Wednesday, 4 June 2014
Kursus Tahap 3 dan 4
Pada tanggal 8 - 14 Februari 2014, UPSM sekali lagi telah menjayakan kursus tahap 3 dan juga tahap 4 untuk junior-junior yang disayangi lagi dikasihi. Setelah penat berlatih, menghabiskan tenaga, masa bagi menjayakan kursus-kursus untuk bakal adik-adik batch27. Tidak salah rasanya sekiranya kami katakan adik-adik ini penuh dengan semangat dan wawasan yang tinggi namun masih banyak yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka semua berfikir tentang masa depan mereka dan anak cucu mereka. Kehidupan kita tidak berhenti apabila sudah habis belajar, namun selepas tamat belajar barulah kehidupan sebenar muncul dalam hidup kita. Jadi sebelum melaluinya kami sebagai senior kepada adik-adik ni, cuba untuk membantu dengan segala apa yang kami ada dalam mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya mereka tidak kecundang satu hari nanti.
![]() |
Kursus Tahap 3. |
![]() |
Kursus Tahap 4 aka Latihan Fizikal |
![]() |
Keindahan air terjun di Hutan Lipur Berkelah |
En.Alwee bersama senior serta guider. |
![]() |
Indahnya ciptaan Allah SWT. |
![]() |
Sewaktu hendak mendaki ke air terjun kolam ke-7 |
![]() |
Peserta bergambar bersama pembantu guider aka Kak Gee. |
![]() |
Peserta menikmati keindahan air terjun. |
![]() |
Berada betul-betul dengan air terjun kolam ke-7 |
Di tapak khemah. |
Bakal-bakal pemimpin masa depan |
Acab batch 27 dengan gaya yang bersahaja. |
FAMILY DAY
Pada tanggal 14 - 16 September, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) telah mengadakan satu program yang berunsur ukhwah kekeluargaan dimana UPSM telah menjemput semua keluarga UPSM tidak kira senior mahupun super super duper senior untuk bersama-sama turut serta dan hadir dalam program yang dianjurkan. Tujuan utama program ini adalah untuk menjelekitkan lagi ukhwah diantara batch mahupun dengan batch-batch yang lain. Alhamdulillah, program yang dianjurkan mendapat sambutan dari pihak super duper senior. Ramai juga super duper senior yang datang antaranya termasuklah Abg Magi, En.Azmi Kassim, Abg Pian, Abg Qoi, Kak Haf dan selebihnya.
Terlalu banyak ilmu, pengalaman, dorongan, semangat yang kami dapat sebagai junior-junior kepada mereka-mereka yang senior ini kerana perkongsian yang diberikan amat berguna. Kami dapat rasakan niat mereka ikhlas dalam mengajar kami tentang UPSM dan juga erti kehidupan sebenarnya. Kami juga disuruh menyanyikan lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat kami semula dalam terus memperjuangkan apa yang perlu kami perjuangkan.
Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil:-
Terlalu banyak ilmu, pengalaman, dorongan, semangat yang kami dapat sebagai junior-junior kepada mereka-mereka yang senior ini kerana perkongsian yang diberikan amat berguna. Kami dapat rasakan niat mereka ikhlas dalam mengajar kami tentang UPSM dan juga erti kehidupan sebenarnya. Kami juga disuruh menyanyikan lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat kami semula dalam terus memperjuangkan apa yang perlu kami perjuangkan.
Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil:-
Antara hasil kerja kreatif peserta dalam membina istana pasir |
Sebelum pulang, kami bersalaman dengan para senior. |
Antara hasil kerja yang lain para peserta. Walaupun tidak lawa, tapi boleh la dari tak ade. |
Proses menggelapkan kulit aka aktiviti snorkeling. |
Antara permainan yang dijalankan, mencari telur penyu. Disebabkan telur penyu mahal, terpaksa digantikan dengan bola ping-pong. |
Antara aksi kelakar yang dilakukan oleh kami sewaktu melakukan senaman pagi. |
En. Azmi menerima sumbangan dari pihak kami. |
Kami melakukan persembahan kepada para seniors. |
Abg Magi dengan "peace"nya. Peace yow. |
Abg Qoi aka penasihat 2 UPSM dengan senyum tawanya. |
Gambar beramai-ramai bersama super duper senior UPSM. Gerak Bersama. :D p/s: Dari masyarakat kami datang, kepada masyarakat kami kembali. |
Kursus Tahap (2) 2013/2014
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia telah selamat menjayakan kursus tahap 2 untuk adik-adik junior yang dahagakan ilmu. Banyak input-input yang telah dipelajari tidak kira senior mahupun junior kerana didalam kursus ini masing-masing mempunyai ruang dalam memperbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik.
Berikut adalah gambar-gambar sewaktu kursus dijalankan
Alhamdulillah, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia telah selamat menjayakan kursus tahap 2 untuk adik-adik junior yang dahagakan ilmu. Banyak input-input yang telah dipelajari tidak kira senior mahupun junior kerana didalam kursus ini masing-masing mempunyai ruang dalam memperbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik.
Berikut adalah gambar-gambar sewaktu kursus dijalankan
Peserta di beri taklimat sewaktu mula-mula sampai di kem |
Sesi taklimat oleh para senior. |
Sesi ice-breaking kumpulan besar |
Pembantu penyelaras sedang memberikan barang yang diperlukan |
En. Alwee Alfirdous sedang memberikan ceramah beliau pada para peserta |
Peserta sedang melakukan proses pembentukan kumpulan |
Peserta lelaki sedang membentangkan hasil kerja mereka |
Sesi sembang bersama seniors. |
Gambar yang menjadikan kenangan En. Alwee, Senior dan juga adik-adik baru Batch27. Chaiyok2... :D |
Monday, 2 June 2014
Detik
Salam UPSM !
DETIK ! DETIK ! DETIK ! DETIK KEMBALI LAGI ! !
ADAKAH ANDA SAYANGKAN NEGARA ANDA?
AADAKAH ANDA PUNYAI SEMANGAT PATRIOTISME?
AYUH! ! SEMARAKKAN PROGRAM
DELEGASI PATRIOTIK BERSAMA KAMI !
Urusetia
Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UPSM UKM) telah
menganjurkan PROGRAM DELEGASI PATRIOTIK pada 26 & 27 April 2014 bertempat
di Bangunan Baru Fakulti Sains dan Teknologi dengan bertemakan “PERPADUAN
MAHASISWA, MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA”.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran kepada pelajar sekolah, mahasiswa & masyarakat terhadap semangat
cinta dan sayang akan negara. Semangat patriotisme bukanlah hanya pada bulan
Ogos sahaja, namun sepanjang masa.
***********************************************************
Tentatif Program :
26 April 2014
8.00 pagi – 5.00 petang : Derma darah
8.00 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Bintang Patriotik
8.00 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Mewarna
2.00 petang – 5.00 petang : Wacana : Perpaduan Kaum
Dalam Konteks Kontrak Sosial di Malaysia
|
27
April 2014
8.30 pagi – 5.00 petang : Larian Sihat Patriotik
8.30 pagi – 5.00 petang : Kayuhan Patriotik
8.30 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Mewarna
8.30 pagi – 5.00 petang : Pertandingan Poster
2.00 petang – 5.00 petang : Majlis Perasmian Penutup
Perasmi : Ybhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan
Ketua Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
|
Subprogram utama
adalah Wacana yang bertajuk “Perpaduan Kaum Dalam Konteks Kontrak Sosial di
Malaysia”. Dua ahli panel yang hebat telah dijemput bagi mengupas berkenaan
dengan isu yang dikemukan iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Rizal bin Mohd
Yakoop dan Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong . Pelajar Dari SMK Jenis Kebangsaan
Cina telah dijemput untuk memberi pendedahan tentang kontrak sosial itu
sendiri.
Selain itu, pelbagai aktiviti yang menarik
telah dilaksanakan sesuai dengan pelbagai peringkat umur termasuklah pelajar
sekolah tadika,pelajar sekolah rendah dan menengah, mahasiswa dan penduduk sekitar
Bangi.
“Setitis Darah, Seribu
Makna”
|
Bertemakan
“Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku” mendapat sambutan dari sekolah
di sekitar Bangi dan
Larian Sihat Patriotik telah melibatkan 120
orang peserta dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP). Larian
ini berlangsung di sekitar UKM. Disamping itu, memperkenalkan UKM kepada
pelajar sekolah.
Mendapat sambutan dari prasekolah dan tadika
dan diadakan selama 2 hari di atas permintaan ramai.
Percubaan untuk menyemai semangat patriotisme
dalam bentuk nyanyian. Peserta dikehendaki memilih 1 lagu patriotik dan 1 lagu
bebas untuk dipertandingkan. Ia mendapat sambutan yang hebat dari pelajar UKM
sendiri.
Kayuhan Sihat Patriotik melibatkan seramai
lebih 50 orang peserta termasuk pelajar UKM dan penduduk sekitar Bangi.
Laluannya adalah dari UKM ke ladang kelapa sawit dan berpatah balik ke UKM.
Terdapat
juga Pameran dari pihak Jabatan Penerangan Negara serta terdapat banyak
cenderamata yang boleh didapati di booth pameran JPN ini. Tahniah kepada yang
berjaya mendapat cenderamata kerana telah menjawab soalan dengan betul dan
tepat. Yeayyy!
Pelbagai
hidangan dan juadah yang turut disajikan kepada pengunjung yang hadir antaranya
Char Kuew Tiaw, Ice blended, makanan bergoreng seperti cucuk-cucuk, air float,
Ayam Uncle Bob dan macam-macam lagi. Nyum Nyum! ! HADIAH CABUTAN BERTUAH
disediakan bagi pembelian RM5 keatas.
Kami dari pihak urusetia mengucapkan jutaan
terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang sudi menaja dan memberi
sumbangan kepada Program DELEGASI PATRIOTIK ini terutamanya kepada PIHAK
JABATAN PENERANGAN NEGARA (JPN) dan PIHAK MUREX WATERSPORT. Terima kasih juga
kepada semua pihak yang sudi membantu secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program kami.
Alhamdulillah DETIK '14 telah melabuhkan tirainya.
Namun begitu, pastikan anda masih meneruskan semangat cintakan negara setiap
masa. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua kerana sudi memberikan
sokongan anda bersama program kami. Kami selaku urusetia DETIK '14 berterima
kasih dan memohon ampun sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dari pihak kami.
Segala komen yang positif akan dijadikan penambahbaikan untuk DETIK '15 nanti.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)