Pada 22-24 Oktober 2016 Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) UKM telah berjaya menganjurkan Kursus Fasilitator Tahap 1(KF1) bagi pelajar tahun 1 UKM sesi 2016-2017 dengan kerjasama pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA). Dengan bertemakan "Keunggulan Cemerlang, Keunggulan Prestasi" kursus ini telah mendapatkan seramai 78 orang peserta.
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya melepasi gerbang pertama dalam usaha adik-adik semua mengenali UPSM. Masih terdapat dua lagi gerbang yang adik-adik perlu lalui iaitu Kursus Fasilitator tahap 2 dan 3 yang bakal diadakan tidak lama lagi sebelum adik-adik semua diberi gelaran batch 30.
Semoga kita dapat berjumpa lagi untuk KF2 dan KF3. Harap adik-adik dapat membuat persediaan untuk menghadapi fasa seterusnya. Kita perlu sentiasa jadikan diri kita seperti gelas yang kosong supaya kita dapat menerima perkara baru yang akan diberikan oleh orang lain walaupun perkara tersebut sudah kita ketahui. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai cara penyampaian yang berbeza-beza. Sekian untuk entry kali ini.
#gerakbersama
#keluargaUPSM
Saturday, 29 October 2016
ROLF
Pada awal bulan 10 yang lalu, beberapa ahli UPSM telah pergi ke satu program yang dipanggil sebagai ROLF atau nama lainnya, Rainbow of Life Forces.
"Recycle, Reduce, Reuse, Repurpose:
Students from UKM helped to separate trash during the ROLF Youths‘ Inspirational and Aspirational Conference" @Dewan Bahasa Dan Pustaka on 9th October, 2016. Good job well done.
(ROLF Green Ribbon,2016)
Wednesday, 24 August 2016
OPKIM KG. CHOKRO
Pada 8-10 Ogos 2016 kelmarin, kesemua ahli Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) UKM telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan terakhir sebelum bergerak ke Kampung Chokro Simpang Renggam Johor dalam program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM).
![]() |
Pembahagian baju-baju sumbangan |
![]() |
cantikkan poster ni? |
![]() |
muka riang sebelum bertolak ke sekolah SMKSR |
![]() |
adik-adik mengisi borang penilaian aktiviti |
![]() |
Para fasilitator dan peserta |
![]() |
urusetia bersama pokok di atas lori. Tak sabar nak bergotong royong gamaknya. |
![]() |
proses penanaman pokok dilakukan. |
![]() |
kami mengubah fungsi tayar menjadi tempat duduk. |
![]() |
Antara peninggalan UPSM di Kg Chokro |
Sunday, 15 May 2016
Masak-masak UPSM
Pada 14hb Mei 2016 bersamaan hari Sabtu, satu aktiviti diadakan untuk merapatkan hubungan ahli-ahli UPSM, dari pagi lagi mereka bersama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan makanan tengah hari untuk dimakan bersama-sama dan pada petangnya aktiviti diteruskan dengan bermain permainan kotak beracun.
MISI BANTUAN BANJIR
Pada 15hb Mei 2016 UPSM berkesempatan untuk bersama-sama menyertai misi bantuan banjir yang bertempat di Bangi.
Monday, 9 May 2016
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta [D'Cinta 2016]
Bertemakan "Keutuhan Perpaduan Wawasan Negara", UPSM telah berjaya menganjurkan satu program D'Cinta 16 yang bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bangi pada 8 Mei 2016.
Wednesday, 23 March 2016
Kursus Pemantapan Kepemimpinan SMK Jalan Empat, Kajang
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) sekali lagi tampil untuk mendidik ahli UPSM sendiri untuk melaksanakan satu lagi program iaitu Kursus Pemantapan Kepemimpinan. Program kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli batch 28 UPSM seramai 25 orang yang diketuai oleh saudari Nurul Izzati Iffah Binti Nasir. Dengan bertemakan “Pemimpin Berkualiti Pencetus Inspirasi”, program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 11, 12 dan 13 Mac 2016 yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sunday, 13 March 2016
Husnuzon VS Suuzon
Husnuzon
Berbaik sangka kepada orang lain, ini
adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih
baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.
Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada
seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk
meletakkannya di tempat yang baik”.
Wednesday, 9 March 2016
MASAK-MASAK BATCH 29
29 Februari 2016
Telah dijalankan satu aktiviti untuk batch 29 dimana adik-adik batch 29 yang baru diikat mengadakan rewang ataupun masak-masak untuk bersama-sama makan malam bersama batch 28 dan batch 27.
Telah dijalankan satu aktiviti untuk batch 29 dimana adik-adik batch 29 yang baru diikat mengadakan rewang ataupun masak-masak untuk bersama-sama makan malam bersama batch 28 dan batch 27.
Saturday, 5 March 2016
Kursus Fasilitator Tahap 3 (2016)
Pada 17 hingga 19 Februari 2016, UPSM telah menjayakan lagi Kursus Fasilitator Tahap 3 yang disertai oleh 86 orang ahli UPSM. Kursus kali ini bertempat di Gunung Stong, Dabong Kelantan.
Sunday, 28 February 2016
Kursus Fasilitator Tahap 2 (2016)
Pada 13 hingga 16 Februari, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) telah menjayakan satu Kursus Fasilitator Tahap 2 bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka. Dengan bertemakan "Mahasiswa Berkepimpinan Tunggak Pengukuhan Martabat Negara", kursus fasi pada kali ini disertai seramai 57 orang pelajar tahun satu dan 44 orang urusetia daripada Batch 27 dan Batch 28.
Monday, 22 February 2016
Motivasi Kepimpinan Dan Jati Diri, Sek. Keb. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor
Pada 4-6 Februari 2016, UPSM sekali lagi diberi peluang apabila diminta untuk mengadakan satu motivasi kepimpinan dan jati diri bertempat di Sek. Keb. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti.
Kuliah Batch 29
13/12/2015 - telah diadakan satu kuliah yang pertama untuk batch 29. Tajuk kuliah iaitu Komunikasi dalam Kepimpinan banyak memberikan mereka satu input baru. Kuliah ini diberikan oleh Encik Alwee kepada batch 29.
Tuesday, 5 January 2016
2016 : Siapa kita dan untuk apa ?
Bersyukur ke
hadrat ilahi masih diberi peluang bernafas dan berdiri di atas bumiNya. 2015
telah berlalu, pasti punya banyak kisahnya. Masa yang berlalu cuba kita renungi
apakah kejayaan dan kegagalan yang telah kita cipta untuk tatapan pada masa
hadapan. 2016 baru sahaja membuka tirainya, sudahkah anda fikir coretan apa
yang hendak di lakarkan sepanjang perjalanan tahun ini, perjalanan menuju
kedewasaan, perjalanan menuju pengakhiran nafas.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)